Wednesday, 30 September 2015

Sebab-Sebab Islami Dalam Pengurusan

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah keadaan apa yang ada dalam diri mereka." - Ar-Ra'ad : 11

Manhaj Islam mengambil kira sifat kemanusiaan dalam diri manusia. Kejayaan mencapai sesuatu matlamat bergantung kepada usaha dan kesungguhan manusia.

Monday, 23 March 2015

Karat fikir

Fikiran juga boleh berkarat... Banyak persoalan akal, jika dibiar biar tak difikir lagi boleh hilang begitu sahaja.

Ahh...

Monday, 16 March 2015

Islam itu semua, atau semua itu Islam?

Aku masih keliru, adakah sebenarnya islam masuk dalam semua perkara atau sebenarnya semu perkara adalah islam.

Kewangan islam, politik islam, pentadbiran islam dan senarai ini akan terus berpanjangan tanpa henti.

Atau sebenarnya islam hanya menggariskan beberapa nilai untuk diamalkan dan dipenuhi dalam bidang-bidang yang lain.

Aku bingung...

Ritual dan tujuannya.

Nasib baiklah juga aku ini masih dalam bidang agama, walaupun aku ini agak rasionalis pluralis. Banyak juga yang aku fikir-fikirkan. Aku persoalkan agama. Tanpa rasa takut.

Kadang aku fikir kenapa tuhan mesti disembah sedang dia tak akan bertambah kekuasaan kalau disembah seluruh manusia pun. Jadi kenapa mesti juga ada ritual untuk Dia? Kalau manusia tidak menyembah pun bukannya runtuh kekuasannya.

Apa yang dimahukannya daripada manusia?

Akhir aku menemui jawaban bahawa suruhannya juga sebenarnya untuk kebaikan kita.

Wahai seluruh manusia sembahlah tuhanmu yang menciptakan kamu dan orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.

Rupanya dia mahu kita jadi manusia yang baik.

Sebab itu aku melihat kalau ritual itu gagal membentuk manusia yang baik, ia  sebenarnya gagal dan tidak mendapat rahmat tuhan pun semasa melakukan ritual.

Kalaulah aku dalam bidang lain. Aku rasa tak jumpa jawapan ni, atau mungkin susah nak jumpa. Atau mungkin aku akan terus melakukan ritual kerana himpitan masyarakat.

Aku tak mahu hipokrit. Apatah lagi dengan tuhan. Tuhan... Maafkan aku kerana berfikir, berfikir dan terus berfikir.

Aku akan terus gunakan otak anugerahmu ini untuk terus memikirkanmu.

Saturday, 14 March 2015

Agama ini sebuah pengharapan?

Aku melihat agama ini memberikan harapan yang tidak pernah putus kepada penganutnya.

Tuhan yang sentiasa mengampuni dosa hambanya. Sekalipun engkau berkali-kali melakukan dosa kecil atau besar.

Harapan untuk engkau berubah, engkau jadi baik sentiasa ada.

Tapi sayang, agama ini dimomokkan pula dengan kekerasan. Seolah tiada lagi harapan setelah engkau berdosa. Bila ia dilakonkan agamawan kolot!

Friday, 13 March 2015

Rahmatan Lil Alamin Milik Siapa?

Aku fikir, muslim semakin jauh daripada menjadi rahmat kepada dunia. Muslim hari ini tidak lagi membawa kebaikan kepada dunia. 

Sungguhpun mereka ini antara penganut agama yang masih lagi melakukan amalan yang kuat kepada agama berbanding agama lain, sayangnya mereka menganut secara formiliti sahaja. Mereka gagal memahami falsafah-falsafah di sebalik ritual Islam. 

Ritual-ritual ini tidak dapat membentuk peribadi mereka sebagai insan yang baik. Sudah pasti orang-orang intelektual dan aku sendiripun akan mengatakan bahawa ini adalah salah penganut itu sendiri. 

Muslim kini semakin emosional dengan agama mereka. Melupakan rasionaliti  dalam beragama. Menjadikan agama ini kelihatan jelek dan buruk. Seolah mereka munafik tanpa sedar. Dalam keadaan tanpa kesedaran mengenai nilai dalam agama pun mereka tetap melakukan ibadah yang mereka tidak faham.

Kaum yang tidak berfikir tidak mungkin menjadi rahmat kepada dunia.