Fikiran juga boleh berkarat... Banyak persoalan akal, jika dibiar biar tak difikir lagi boleh hilang begitu sahaja.
Ahh...
Fikiran juga boleh berkarat... Banyak persoalan akal, jika dibiar biar tak difikir lagi boleh hilang begitu sahaja.
Ahh...
Aku masih keliru, adakah sebenarnya islam masuk dalam semua perkara atau sebenarnya semu perkara adalah islam.
Kewangan islam, politik islam, pentadbiran islam dan senarai ini akan terus berpanjangan tanpa henti.
Atau sebenarnya islam hanya menggariskan beberapa nilai untuk diamalkan dan dipenuhi dalam bidang-bidang yang lain.
Aku bingung...
Nasib baiklah juga aku ini masih dalam bidang agama, walaupun aku ini agak rasionalis pluralis. Banyak juga yang aku fikir-fikirkan. Aku persoalkan agama. Tanpa rasa takut.
Kadang aku fikir kenapa tuhan mesti disembah sedang dia tak akan bertambah kekuasaan kalau disembah seluruh manusia pun. Jadi kenapa mesti juga ada ritual untuk Dia? Kalau manusia tidak menyembah pun bukannya runtuh kekuasannya.
Apa yang dimahukannya daripada manusia?
Akhir aku menemui jawaban bahawa suruhannya juga sebenarnya untuk kebaikan kita.
Wahai seluruh manusia sembahlah tuhanmu yang menciptakan kamu dan orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.
Rupanya dia mahu kita jadi manusia yang baik.
Sebab itu aku melihat kalau ritual itu gagal membentuk manusia yang baik, ia sebenarnya gagal dan tidak mendapat rahmat tuhan pun semasa melakukan ritual.
Kalaulah aku dalam bidang lain. Aku rasa tak jumpa jawapan ni, atau mungkin susah nak jumpa. Atau mungkin aku akan terus melakukan ritual kerana himpitan masyarakat.
Aku tak mahu hipokrit. Apatah lagi dengan tuhan. Tuhan... Maafkan aku kerana berfikir, berfikir dan terus berfikir.
Aku akan terus gunakan otak anugerahmu ini untuk terus memikirkanmu.
Aku melihat agama ini memberikan harapan yang tidak pernah putus kepada penganutnya.
Tuhan yang sentiasa mengampuni dosa hambanya. Sekalipun engkau berkali-kali melakukan dosa kecil atau besar.
Harapan untuk engkau berubah, engkau jadi baik sentiasa ada.
Tapi sayang, agama ini dimomokkan pula dengan kekerasan. Seolah tiada lagi harapan setelah engkau berdosa. Bila ia dilakonkan agamawan kolot!