Friday, 13 March 2015

Rahmatan Lil Alamin Milik Siapa?

Aku fikir, muslim semakin jauh daripada menjadi rahmat kepada dunia. Muslim hari ini tidak lagi membawa kebaikan kepada dunia. 

Sungguhpun mereka ini antara penganut agama yang masih lagi melakukan amalan yang kuat kepada agama berbanding agama lain, sayangnya mereka menganut secara formiliti sahaja. Mereka gagal memahami falsafah-falsafah di sebalik ritual Islam. 

Ritual-ritual ini tidak dapat membentuk peribadi mereka sebagai insan yang baik. Sudah pasti orang-orang intelektual dan aku sendiripun akan mengatakan bahawa ini adalah salah penganut itu sendiri. 

Muslim kini semakin emosional dengan agama mereka. Melupakan rasionaliti  dalam beragama. Menjadikan agama ini kelihatan jelek dan buruk. Seolah mereka munafik tanpa sedar. Dalam keadaan tanpa kesedaran mengenai nilai dalam agama pun mereka tetap melakukan ibadah yang mereka tidak faham.

Kaum yang tidak berfikir tidak mungkin menjadi rahmat kepada dunia.

No comments:

Post a Comment